MARDI pamer teknologi baharu pada MAHA 2022 - Utusan Malaysia

MARDI pamer teknologi baharu pada MAHA 2022

Mohad Zabawi Abd. Ghani menunjukkan teknologi aeroponik secara column vertikal bagi penanaman sayur-sayuran di Laman Sayur pada MAHA 2022 baru-baru iin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Teknologi-teknologi yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bukan sahaja sejajar dengan peredaran zaman tetapi turut membantu golongan petani.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, teknologi-teknologi tersebut mampu membantu golongan petani untuk memudahkan tugas mereka dan juga membolehkan orang ramai untuk menceburi bidang pertanian.

Menurut beliau, menerusi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, MARDI membawa tiga pameran berbeza iaitu laman sayur, laman herba dan laman kelulut de­ngan mengenengahkan konsep ‘foodscaping’ serta sepenuhnya menggunakan teknologi institut tersebut.

“Kita tanam pokok dalam bentuk foodscaping iaitu tumbuhan-tumbuhan yang berasaskan makanan seperti sayur-sa­yuran dan ulam-ulaman. Melalui konsep tersebut juga kita menggunakan teknologi-teknologi MARDI.

“Makna di sini sambil kita membuat pameran untuk orang ramai, kita juga mempromosikan teknologi-teknologi kami. Sebagai contoh, ciptaan Greenkit iaitu sebuah alat yang boleh membolehkan individu tidak mempunyai ruang untuk bercucuk tanam pun boleh melakukan aktiviti tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Greenkit berbentuk pasu itu bukan sahaja membolehkan individu yang tinggal di pangsapuri dan kondominium untuk bercucuk tanam malah turut menjimatkan masa apabila teknologi tersebut mempunyai ruang untuk menyimpan air yang bertahan selama seminggu.

Mohamad Zabawi berkata, dua teknologi lain juga dipamerkan untuk mengubah persepsi pengunjung dan memberi pe­ngetahuan untuk menanam sa­yur secara mudah dengan menggunakan alat-alat tersebut.

“Antaranya adalah Canopytechture iaitu sebuah sebuah sistem struktur sebagai penyokong untuk penanaman sa­yur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar atau memanjat. Teknologi ini mempunyai ruang di bawah untuk air, jadi kita boleh tanam sahaja pokok tanpa perlu siram setiap hari.

“Kami juga pamerkan alat untuk pertanian hidroponik dalam bentuk menegak yang mempunyai lampu pelbagai warna bagi memenuhi keperluan tanaman tersebut. Alat ini juga diformulasi sendiri dan melalui kajian MARDI sendiri,” jelasnya- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya