Mara mohon peruntukan RM1b dalam Belanjawan 2023

Mara mohon peruntukan RM1b dalam Belanjawan 2023

AHMAD Faruz Kurcheri@Huzairi (kanan) menerangkan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di kedai emasnya kepada Azizah (tengah) pada Majlis Perasmian Kedai Emas Nur Jannah Sdn. Bhd. di pekan Kuala Pilah, hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memohon peruntukan sebanyak RM1 bilion  dalam Belanjawan 2023 yang antara lain untuk membantu mengetengahkan usahawan bumiputera di negara ini ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, bantuan kepada usahawan bumiputera pelbagai bidang itu termasuklah menerusi pembiayaan latihan dan pendigitalan serta menambah baik cara berniaga usahawan terlibat.

“Saya berharap dalam belanjawan akan datang ini, Kementerian Kewangan boleh meluluskan lebih banyak lagi (peruntukan) bagi kami membangunkan usahawan-usahawan ini yang sememangnya menjadi tanggungjawab Mara.

“Kami juga memohon untuk menambah DanaNITA (Skim Pembiayaan Perniagaan khas Wanita) yang mendapat sambutan begitu menggalakkan. Kami mempunyai seramai 30,000 orang usahawan wanita yang mana kami mahu pastikan mereka bukan sahaja aktif tetapi boleh diketengahkan sehingga ke peringkat  antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Kedai Emas Nur Jannah Sdn. Bhd. di pekan Kuala Pilah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azizah berkata, setakat bulan Julai lalu, seramai 11 orang usahawan di Negeri Sembilan telah menyumbang sebanyak RM99,000 kepada program pembangunan pendidikan.

Jelas beliau, ia termasuklah seperti program tuisyen harapan, program celik al-Quran, program Skim Anak Angkat dan bantuan sekali beri (one-off) persekolahan kepada 327 orang pelajar melalui Yayasan Pelajaran Mara.

Pada majlis berkenaan, pemilik Kedai Emas Nur Jannah Sdn. Bhd, Ahmad Faruz Kurcheri@Huzairi turut menyerahkan cek contoh bernilai RM37,000 kepada Yayasan Pelajaran Mara bagi Program Tuisyen Pintar YPM@KPLB 2022.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN