PETALING JAYA : Mangsa penipuan yang kehilangan wang dalam akaun boleh mengemukakan saman terhadap institusi kewangan itu kerana wujud kecuaian dalam menjaga data peribadi pelanggan sehingga terdedah kepada kerugian. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor berkata, walaupun kecuaian itu mungkin berpunca daripada mangsa sendiri, mereka berhak berbuat demikian atas asas kegagalan bank menjaga wang simpanan seperti mana dipertanggungjawabkan. Katanya, pihak bank tidak boleh mengambil mudah…