Mandi peluh siapkan Jalur Gemilang 72 meter

Mandi peluh siapkan Jalur Gemilang 72 meter

DR. Khairuddin Said (tengah) memotong riben sebagai gimik pelancaran Jalur Gemilang sepanjang 72 meter di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan semalam. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 834 penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu di sini, bermandi ‘penuh’ menyiapkan Jalur Gemilang sepanjang 72 meter sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 tahun ini.

Pengarahnya, Dr. Khairuddin Said berkata, kerja-kerja menghasilkan Jalur Gemilang yang melibatkan penuntut dari 32 kelas itu mengambil masa selama seminggu.

Katanya, setiap kelas terbabit dibekalkan kain putih sepanjang dua meter dan peralatan mewarna bagi menyiapkannya sebelum dicantumkan untuk menjadikan ukuran bendera sepanjang 72 meter.

“Jalur Gemilang ini adalah manifestasi kecintaan warga IPG Kota Bharu terhadap negara. Bendera ini akan digantung di kawasan pagar IPG.

“Ini adalah Jalur Gemilang terpanjang yang pertama dihasilkan warga kampus,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Khairuddin memberitahu, pada masa yang sama program itu dapat mewujudkan semangat kerjasama antara penuntut.

Katanya, hal ini bagi memastikan semangat itu dibawa oleh penuntut apabila mereka me­laksanakan tugas sebagai pendidik pada masa hadapan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN