Malaysia, Turki kukuh kerjasama bidang aeroangkasa 

Malaysia, Turki kukuh kerjasama bidang aeroangkasa 

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencuba simulasi pesawat milik TAI di Fethiye District, Kahramankazan, Ankara sempena lawatan selama tujuh hari di Turkiye. - FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar kerjasama lebih rapat dapat diwujudkan antara Malaysia dan Turki dalam bidang aeroangkasa.

Ini selepas Seri Paduka berkenan berangkat ke Turkish Aerospace Industries (TAI) di Fethiye District, Kahramankazan, Ankara sempena lawatan selama tujuh hari di Turkiye.

“Seri Paduka menzahirkan rasa kagum dengan teknologi dimiliki TAI dan berharap agar kerjasama lebih rapat dapat diwujudkan antara kedua-dua negara, khususnya dalam teknologi pembuatan pesawat udara serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada masa akan datang.

“Seri Paduka  juga menzahirkan harapan agar Malaysia dapat mempelajari teknologi dimiliki TAI selaku pemain utama aeroangkasa negara ini,” menurut kenyataan Istana Negara.

Seri Paduka berkenan menyaksikan pertunjukan udara menggunakan pesawat tempatan yang dibangunkan TAI, antaranya helikopter T129 ATAK dan Gokbey, pesawat tanpa pemandu Anka dan Aksungur serta pesawat latihan Hurkus.

Yang hadir sama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz: Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Ambassador Sazali Mustafa Kamal.

Sementara itu, Seri Paduka berkenan bertemu dan beramah mesra dengan sebahagian pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Turkiye, termasuk tujuh pelajar Malaysia yang menjalani latihan praktikal selama sebulan di TAI. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN