MAHA kekal di satu tapak jimatkan kos

MAHA kekal di satu tapak jimatkan kos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang ditempatkan di satu tapak kekal adalah keputusan yang tepat.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, lokasi tetap di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) itu mampu menjimatkan kos dan memudahkan pengurusan dalam aspek struktur logistik.

“Sejak 2003, MAHA ditempatkan di satu tapak kekal di MAEPS kerana beberapa faktor, antaranya infrastruktur yang dibina itu digunakan semula untuk penganjuran MAHA selepas dua tahun kemudian.

“Rumah-rumah negeri yang ada sekarang ini malah pavilion yang didirikan oleh jabatan dan agensi masih digunakan sehingga kini, tapi dari segi kos dan penjimatan dan sebagainya perlu diambil perhatian.

“Keputusan untuk meletakkan penganjuran MAHA ini di satu tapak yang kekal adalah merupakan satu keputusan yang tepat,” katanya ketika menjawab di sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ronald berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) yang mencadangkan MAHA dianjurkan di Sabah dan Sarawak.

MAHA 2022 akan berlangsung pada 4 sehingga 14 Ogos ini, dijangka mampu menarik 100,000 pengunjung setiap hari.

Ronald berkata, sebanyak 1,500 ruang pameran akan disediakan termasuk 100 lot jualan Farmers Market yang menjual hasil pertanian segar dari ladang pada harga berpatutan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya