Lelaki usia 83 tahun pandu kereta lawan arus disaman

Lelaki ada simptom nyanyuk pandu kereta lawan arus disaman

LELAKI berusia 83 tahun disaman selepas memandu melawan arus di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dekat Manjung, Perak. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT:  Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas dikesan memandu kereta  secara melawan arus di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 83 tahun itu dibuat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di kawasan plaza tol WCE.

“Polis mengesan pemilik sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu secara berlawanan arus di Kilometer 211 arah utara WCE, dekat sini. Video kejadian itu tular dalam aplikasi media sosial bertarikh 9 Ogos 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan saman diambil terhadap pemandu tersebut di atas kesalahan memandu melawan arus (Abaikan isyarat lalu- lintas) di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata,  hasil siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan tersebut mengalami  penyakit Alzheimer dan simptom nyanyuk serta sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Difahamkan, ketika kejadian warga emas itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bharu, Ayer Tawar di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya