Lelaki ragut rantai wanita diburu

Lelaki ragut rantai wanita diburu

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan seorang lelaki meragut rantai seorang wanita di Taming Jaya Balakong di sini pada Sabtu lalu mengundang padah apabila dia diburu polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang berjalan kaki menuju kereta miliknya jenis Perodua Alza yang diparkir di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang menunggang sebuah motosikal cuba meragut rantai emas mangsa, tetapi tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, kejadian itu telah dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Hasil penelitian rakaman video itu mendapati seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis tidak pasti berwarna biru cuba menarik rantai mangsa,” katanya.

Beliau berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian ini disarankan tampil untuk memberikan keterangan atau boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Noorlaila Kairudin di talian 019-2299906,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN