Lelaki Myanmar mati lemas mahu lepaskan jaring tersangkut

Lelaki Myanmar mati lemas mahu lepaskan jaring tersangkut

MANGSA disahkan meninggal dunia ketika menjaring ikan di sebuah kolam terbiar berhampiran Taman Saujana Impian, Semeling di Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tindakan seorang lelaki Myanmar terjun untuk melepaskan jaring yang tersangkut di dasar kolam terbiar, berakhir tragedi apabila dia lemas di Taman Saujana Impian, Semeling pagi ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, Zahir Ahmad Musta Ahamed, 49, yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sedang berusaha menaikkan jaring dipasang bersama adiknya, Izar Zulhaq, 43, dan rakan mereka.

Bagaimanapun, dia dikatakan mengalami sesak nafas semasa menaikkan jaring itu dan tenggelam timbul di permukaan kolam sebelum adik dan rakannya  menaikkannya ke tebing kolam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada pukul 10.03 pagi sebelum ke lokasi bersama sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu.

“Semasa tiba di lokasi, mangsa telah dinaikkan ke tebing oleh adik dan rakan-rakannya serta orang awam. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang  hadir ke lokasi,” katanya di sini, hari ini.

Kata Zaidy, mayat terbabit dihantar untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, kolam berkeluasan dua padang bola sepak sedalam kira-kira tujuh meter itu dikenali antara lubuk ikan air tawar kerana pelbagai spesies boleh didapati di situ.

Selain menjadi lokasi pemancing, jaring turut digunakan di kolam itu oleh penduduk berhampiran, sementara mangsa dan beberapa rakannya sering menjaring ikan di situ terutama ketika tidak bekerja dan setiap hujung minggu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.