Lelaki maut treler terbabas dalam gaung

Lelaki maut treler terbabas dalam gaung

ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit di dalam longkang selepas treler dipandunya terbabas ke dalam gaung di Gunung Paku, Klian Intan di Pengkalan Hulu, Perak. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki maut selepas treler muatan konkrit yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Gunung Paku, Klian Intan dekat Pengkalan Hulu di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, V. Sanmuganatan, 48, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu, Syahirul Anwar Abdul Azam berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 9.52 pagi.

Katanya, setibanya anggota di lokasi kejadian, didapati sebuah treler berada di dalam gaung pada ketinggian 50 meter.

“Pemeriksaan di lokasi menjumpai seorang lelaki dipercayai pemandu treler tersepit di dalam longkang. Mangsa yang tidak sedarkan diri itu dipercayai tercampak sebelum kenderaan dipandunya terbabas.

“Operasi segera dijalankan bagi mengeluarkan mangsa. Mangsa bagaimanapun disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya