LCS: Kerajaan nyah rahsia laporan jawatan kuasa siasatan

LCS: Kerajaan nyah rahsia laporan jawatan kuasa siasatan tadbir urus, perolehan dan kewangan 

PAC akan bentangkan laporan baharu mengenai kemajuan pembinaan LCS ke Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perdana Menteri menyahklasifikasi (nyah rahsia) dokumen Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS). 

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh di Facebooknya berkata, pihaknya telah menerima salinan laporan berkenaan. 

“Ini adalah lanjutan daripada syor PAC pada 4 Ogos dan keputusan Kabinet pada 10 Ogos 2022. PAC akan muat naikkan laporan ini ke portal PAC untuk rujukan semua,” katanya hari ini. 

Terdahulu, mesyuarat Kabinet bersetuju supaya laporan JKSTUPKK berkaitan isu kapal LCS yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum. 

Jemaah Menteri juga mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan, namun proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya