Laksamana Neon Run raih sumbangan lebih RM1 juta

Laksamana Neon Run raih sumbangan lebih RM1 juta

TUNKU Tun Aminah yang merupakan Penaung Diraja hadir memeriahkan majlis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) berjaya mengumpul lebih RM1 juta menerusi penganjuran Laksamana Neon Run 2022 malam tadi. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Ikmal Izam Zaini berkata, seramai 5,500 orang menyertai acara tersebut merangkumi dua kategori, iaitu larian fizikal dan larian secara maya sejak pendaftaran dibuka pada 14 Mei lalu. 

Selain menggalakkan gaya hidup sihat, acara larian amal ini bertujuan mengumpul dana menerusi sumbangan pakej tajaan. 

“Antara penaja pakej platinum ialah Kerajaan Negeri Johor, Johor Corporation, Lotte Chemical Titan (M) Sdn. Bhd., Berjaya Corporation Berhad dan Ranhill SAJ. 

“RM1,045,000 telah berjaya dikumpul pada tahun ini dan menjadikan jumlah terkumpul semenjak acara amal tahunan ini diadakan adalah sebanyak RM4.45 juta,” katanya.

YKTLJ buat julung kali menganjurkan larian amal sejauh lima kilometer pada waktu  malam di Dataran Iskandar Puteri, dekat sini malam tadi.

Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim yang merupakan Penaung Diraja bagi acara ini sejak tahun 2017 turut hadir memeriahkan majlis tersebut. 

Laksamana Neon Run berjaya mengumpul hampir 17,500 peserta dari seluruh negara, Singapura, Brunei dan Indonesia selepas enam tahun penganjurannya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN