Kumpulan terakhir jemaah haji tiba di KLIA

Kumpulan terakhir jemaah haji tiba di KLIA

JEMAAH haji dipeluk ahli keluarga mereka sejurus selepas tiba dari tanah suci pada penerbangan terakhir bagi musim haji 1443H/2022M di KLIA Sepang, semalam- MINGGUAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Setelah genap 40 hari berada di kedua-dua kota suci, kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia iaitu KT50 melibatkan seramai 284 orang selamat tiba di tanah air.

Kepulangan mereka disambut sendiri Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam dengan menaiki pesawat model Airbus A333 milik Malaysia Airlines Berhad.

Ketibaan kumpulan terakhir jemaah tersebut sekali gus menandakan tamatnya keseluruhan Operasi Haji dikendalikan Tabung Haji bagi Musim 1443 Hijrah/2022 Masihi.

Kumpulan pertama jemaah tiba di tanah air mula direkodkan pada 18 Julai lalu membabitkan 298 orang yang juga kumpulan sulung iaitu KT01 bertolak ke tanah suci pada 4 Jun lepas.

Sementara kumpulan terakhir semalam adalah jemaah penerbangan terakhir yang berlepas ke tanah suci pada 3 Julai lalu, iaitu lima hari sebelum bermula ibadah wukuf di Arafah.

Untuk musim tahun ini, Malaysia menerima kuota rasmi 4,306 individu susulan langkah kerajaan Arab Saudi mengehadkan hanya sejuta jemaah luar negara menunaikan ibadah.

“Secara keseluruhan, operasi ini selepas dua tahun Malaysia tidak hantar jemaah haji, berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini,” jelas Amrin kepada pemberita.

Beliau yang mewakili pengurusan Tabung Haji turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dalam melicinkan urusan jemaah sepanjang di tanah air dan tanah suci.

Agensi itu memberi jaminan sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan segala kelemahan akan ditambah baik untuk kumpulan jemaah bagi tahun berikutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya