KPDNHEP pantau harga minyak masak

KPDNHEP pantau harga minyak masak

WAN Romani Wan Salim (kanan) mewakili KPDNHEP Kedah menjual minyak masak kepada pengguna semasa merasmikan Program Jelajah Kepenggunaan Peringkat Negeri Kedah di Dewan Al- Amin, Telok Bagan, Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bekalan minyak masak di negeri adalah mencukupi hasil pemantauan sepanjang masa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna, Datuk Wan Romani Wan Salim berkata, pemantauan berterusan itu juga bagi memastikan tiada syarat yang tidak munasabah dikenakan kepada pengguna.

“Ia juga bertujuan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan dalam urusan penjualan bekalan itu sehingga menaikkan harga yang menyebabkan pengguna mengeluh,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Kepenggunaan Peringkat Negeri di Dewan Al-Amin, Telok Bagan di sini.

Sementara itu, penganjuran program berkenaan bagi membolehkan KPDNHEP Kedah menyampaikan maklumat dan pengetahuan mengenai hak-hak pengguna kepada masyarakat di negeri ini.

Menurut Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth, program bermula dari 7 hingga 28 Ogos yang membabitkan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah menyasarkan peserta seramai 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Katanya, program itu diharap dapat menjadi platform kepada KPDNHEP untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat sama ada di bandar ataupun luar bandar.

“Melalui program seperti ini dapat kami jelaskan mengenai hak-hak sebagai pengguna, memberi pengetahuan secara menyeluruh mengenai tanggungjawab pengguna selain meningkatkan kesedaran mengenai kuasa sebagai pengguna.

“Sehingga kini kita telah bertemu kira-kira 9,000 orang di 34 DUN dan hasil maklum balas yang diterima sangat bagus kerana masih terdapat masyarakat yang tidak tahu mengenai hak mereka sebagai pengguna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN