KPDNHEP kesan dalang sindiket seludup diesel di Johor

KPDNHEP kesan dalang sindiket seludup diesel di Johor

ROSOL Wahid memperkatakan sesuatu kepada seorang pengunjung yang membeli minyak masak peket selepas meninjau pada Program Jualan Keluarga Malaysia di Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mengesan dalang sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang dilaporkan berlaku di Johor, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, siasatan tersebut yang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia akan mencari individu yang terlibat dengan sindiket tersebut.

“Kita tidak akan berkompromi. Sama ada dalangnya itu ahli politik, penjawat awam atau orang biasa sahaja, tindakan tegas akan diambil kerana ini adalah satu pengkhianatan yang besar terhadap negara.

“Subsidi ini sepatutnya dinikmati oleh nelayan, petani dan penternak, namun kewujudan sindiket ini hanya merosakkan rantaian bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di sebuah pasar raya di Manir dekat sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan sindiket penyeludupan diesel di Johor dipercayai didalangi orang kenamaan mengaut keuntungan berpuluh juta ringgit dengan menjual minyak diesel subsidi tersebut di tengah laut.

Mengulas lanjut beliau berkata, KPDNHEP juga sedang mempertingkatkan penguatkuasaan menangani ketirisan barangan bersubsidi termasuk diesel melalui beberapa tindakan antaranya arahan melarang stesen minyak menjual RON 95 kepada kenderaan berpendaftaran asing di seluruh Malaysia. 

“Untuk diesel, ada had tertentu yang dibenarkan untuk pembelian di stesen pada satu-satu masa. Kita juga bekerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasaan bagi membendung penyelewengan baik di sempadan mahupun d idalam negara . 

“Pegawai penguat kuasa juga sering menjalankan risikan dan pemantauan Op Samar di tempat-tempat yang dikategorikan sebagai hot-spot, khususnya di negeri bersempadan negara jiran,” katanya.

Menurutnya, kementerian juga memberi ganjaran kepada pemberi maklumat yang menyalurkan maklumat kegiatan penyelewengan dan memberi kuasa tangkapan tanpa waran kepada pegawai-pegawai Penguat Kuasa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk menangkap mana-mana pihak yang menyeleweng barang-barang kawalan.

Untuk rekod, sebanyak 602 kes kesalahan penyelewengan diesel direkodkan KPDNHEP dengan nilai rampasan keseluruhan RM18.7 juta bagi tempoh 2018 hingga Julai 2022

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 242 kes direkodkan dengan nilai rampasan keseluruhan RM5.4 juta sejak Januari hingga Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya