PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,204 kes berbanding kelmarin, 3,213 kes sekali gus diatasi 4,582 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,526 kes diikuti Kuala Lumpur (1,080), Sabah (272), Perak (237), Pulau Pinang (172), Kedah (168), Negeri Sembilan (167), Sarawak (112) dan Putrajaya (106).
Ini diikuti Kelantan (90), Johor (82), Melaka (80), Pahang (53), Terengganu (37), Perlis (12) dan Labuan, 10 kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 534 orang berbanding kelmarin, 520 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 56 kes bersamaan jumlah kelmarin, 54 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 36 kes berbanding jumlah kelmarin, 33 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, dua kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 19 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,041 kluster.
Dua kluster itu adalah satu kategori tempat kerja iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Mahkota 2 di Kuala Langat, Selangor melibatkan 22 kes manakala satu kategori pendidikan, Kluster Lorong Ilmu 2 di Seremban, Negeri Sembilan melibatkan 23 kes.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes berbanding jumlah kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,985 kes.
Sementara itu, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,646 kes. – UTUSAN









