Kes Covid-19 turun hampiri 3,000

Kes Covid-19 turun hampiri 3,000; 9 negeri catat dua angka ke bawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,045 kes berbanding kelmarin, 4,334 kes sekali gus diatasi 4,226 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,061 kes diikuti Kuala Lumpur (619), Sabah (259), Perak (221),  Negeri Sembilan (195), Pinang Pinang (119) dan Melaka (108).

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Johor (98), Kedah (85), Putrajaya (63), Sarawak (54), Pahang (54), Terengganu (49), Kelantan (46), Perlis, 12 kes dan Labuan, dua kes. 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 454 orang berbanding kelmarin, 520 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 72 kes berbanding jumlah kelmarin, 68 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 46 kes berbanding jumlah kelmarin, 44 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 27 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,052 kluster.

Kluster baharu itu, Kluster Solok Bunga Pudak di Timur Laut, Pulau Pinang yang dalam kategori Kumpulan Berisiko Tinggi melibatkan 14 kes. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lima kes berbanding jumlah kelmarin, 10 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,085 kes. 

Tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,669 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN