Kes Covid-19 turun bawah 3,000, dua kluster pendidikan

Kes Covid-19 turun bawah 3,000, dua kluster pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,437 kes berbanding kelmarin, 3,045 kes sekali gus diatasi 3,658 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Kuala Lumpur menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 570 kes diikuti Selangor (491), Sabah (252), Perak (172), Negeri Sembilan (162), Johor (135), Kelantan (119) dan Melaka (106).

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu  Kedah (91), Pinang Pinang (89), Putrajaya (73), Sarawak (73), Pahang (52), Terengganu (49); Perlis, lapan kes dan Labuan, lima kes. 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 457 orang berbanding kelmarin, 454 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 81 kes berbanding jumlah kelmarin, 72 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 50 kes berbanding jumlah kelmarin, 46 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, dua kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 29 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,054 kluster.

Ia melibatkan dua kluster kategori pendidikan iaitu Kluster Jalan Masjid Kemahang di Tanah Merah, Kelantan dengan sebanyak 10 kes manakala Kluster Dua Jalan Panchang Bedena di Sabak Bernam, Selangor dengan 24 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes berbanding jumlah kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,093 kes. 

Sementara itu, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,671 kes. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN