Kerajaan tidak abai Orang Asli

Kerajaan tidak abai Orang Asli

MAHDZIR Khalid (tengah) semasa Program Bekwoh Rakyat Keluarga Malaysia di Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menafikan tuduhan pertuduhan bukan kerajaan (NGO) yang mengaitkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) gagal membela dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan khusus untuk masyarakat Orang Asli di seluruh negara dalam menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Katanya, setakat ini terdapat lebih 207,000 Orang Asli di seluruh semanjung Malaysia yang  menetap di 853 buah kampung.

“Peruntukan itu merangkumi pendidikan, kemudahan asas, kegiatan ekononi dan sebagainya berkait dengan Orang Asli.

“Komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan Orang Asli ini menarik negara luar untuk melihat kesungguhan kerajaan menjaga kebajikan masyarakat berkenaan,” katanya  mengulas dakwaan NGO mendakwa kerajaan tidak menjaga kebajikan Orang Asli di negara ini.

Sebelum itu, beliau merasmikan Program Bekwoh Rakyat Keluarga Malaysia di Pantai Geting, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mahdzir memberitahu, sehingga kini terdapat seramai 53 Orang Asli sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Katanya,  seramai 918 orang lagi menyambung pengajian di universiti tempatan.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustafa Along memberitahu, usaha kerajaan meningkatkan taraf dan kehidupan masyarakat Orang Asli gagal kerana kecuaian Jakoa memantau projek yang diluluskan untuk memperbaiki kehidupan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya