Kerajaan cadang bina litar permotoran di seluruh negara

Kerajaan cadang bina litar permotoran di seluruh negara

SEBAHAGIAN daripada peserta yang hadir pada Perhimpunan RXZ Members 4.0 di di Kuala Nerus,  Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bercadang membina litar permotoran di seluruh negara pada tahun depan.

Beliau berkata, cadangan pembinaan litar bagi memperkasa program pembangunan sukanpemotoran negara dan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.

Beliau berkata, setakat ini terdapat dua litar permotoran dibina di Terengganu dan Melaka.

Katanya, pembinaan litar itu juga sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap aktiviti permotoran, seterusnya mengurangkan kegiatan ttidak sihat di jalan raya.

“Apabila litar tersebut siap kelak, sudah tentu memberi peluang kepada golongan belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan RXZ Members 4.0 di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak di sini, hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

ISMAIL Sabri Yaakob beramah mesra dengan peserta Perhimpunan RXZ Members 4.0 di Kuala Nerus,  Terengganu, hari ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY PUTRA

Lebih 30,000 pemilik dan peminat Yamaha RXZ dari seluruh negara menyertai perhimpunan dua hari itu. 

Ismail Sabri berkata, beliau kagum melihat sokongan dan penyertaan luar biasa anak-anak muda pada perhimpunan tersebut selepas kali terakhir pada 2019.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penganjur, Kelab RXZ Members Official Malaysia kerana menghimpunkan ribuan pemilik motosikal RXZ dari seluruh negara,” ujarnya.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan akan memberi sokongan kepada penganjuran perhimpunan ini pada masa depan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya