Peniaga diminta kurangkan guna penyedut minuman, polisterin

Kerajaan ajak peniaga kurangkan penggunaan penyedut minuman, polisterin

DR Izani Husin (dua dari kanan) menyerahkan beg guna pakai semula kepada penunggang motosikal pada Majlis Pelancaran Penutupan Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2022 dan Kempen Bebas Plastik, Polisterin dan Penyedut Minuman di Dataran Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kerajaan mengajak peniaga  untuk mengurangkan penggunaan penyedut minuman dan polisterin dalam usaha ‘menyelamatkan’ ekosistem di negeri ini kerana proses penguraian bahan itu memakan masa antara 100 hingga 600 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, pihaknya bimbang jika penggunaan itu berterusan berkemungkinan besar Kelantan akan berdepan dengan masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.

Menurutnya, kerajaan akan terus melipat ganda usaha memberi kesedaran dalam kalangan peniaga termasuk masyarakat untuk mengurangkan penggunaan  barangan tersebut.

“Selain itu penguat kuasaan akan turut diseragamkan di seluruh negeri dengan mengikut Undang-Undang Kecil Perniagaan.

“Kita bimbang jika ia berlarutan tapak pelupusan ini akan menghadapi masalah pada masa akan datang termasuk menampung bahan sisa sampah yang terlalu banyak,” katanya selepas Majlis Pelancaran Penutupan Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2022 dan Kempen Bebas Plastik, Polisterin dan Straw di Dataran Muhammadi di sini hari ini.

Dalam perkembangan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu memberitahu, isu sampah di dalam longkang sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

Katanya, kerajaan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa menjalankan tugas untuk membersihkannya.

“Oleh kita berharap sangat orang ramai supaya tidak membuang sampah sesuka hati, walaupun tugas itu dilakukan PBT.

“Pada masa sama longkang yang tersumbat memerlukan penggunaan mesin khas untuk membersihkannya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya