Kenduri rakyat antara kelainan Program JAKM Sarawak 

Kenduri rakyat antara kelainan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak 

poster Keluarga Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak yang akan diadakan di pekarangan Stadium Sarawak dari 5 hingga 7 Ogos ini menampilkan sedikit kelainan dengan penganjuran kenduri rakyat.

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya selaku penganjur, istimewanya kenduri rakyat Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak ialah hidangan makanan kenduri orang kahwin, dengan sebahagian hidangan menggunakan seperah (tradisi kenduri orang Sarawak), yang rasanya seperti kenduri majlis perkahwinan.

Katanya, lebih 5,000 tetamu akan menghadiri program kenduri Keluarga Malaysia berkenaan dan makanan yang akan dihidangkan adalah seperti nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, keceni nanas, sambal ikan masin dan yang menariknya bubur pedas Awang Mahyan (legenda bola sepak Sarawak) dan kacang ais Swee Kang akan turut dihidangkan.

Menurut kenyataan itu lagi, sesuai dengan tradisi Sarawak, hiburan bergendang dan bermukun juga akan dipersembahkan pada program tersebut di sebuah dewan khas yang didirikan di tapak Program JAKM Sarawak di pekarangan Stadium Sarawak di Petra Jaya, Kuching.
Kata kenyataan itu lagi, sasaran penganjuran Program JAKM Sarawak adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Sarawak memahami konsep Keluarga Malaysia dan mengetahui berkenaan aspirasi setiap kementerian dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Sementara itu, objektif penganjuran program JAKM di Sarawak yang diterajui Kementerian Kerja Raya adalah bagi menyampai perancangan dan kejayaan inisiatif kerajaan dan sebagai medium untuk rakyat menghayati erti sebenar Keluarga Malaysia secara dekat melalui penyertaan dalam aktiviti-akativiti yang diadakan.

Sebanyak dua jawatan kuasa ditubuhkan bagi melancarkan persediaan dan pelaksanaan program, iaitu jawatan kuasa induk yang dipengerusikan oleh  Ketua Setiausaha Negara dan diurusetiakan oleh MAMPU dan SEPADU, manakala jawatankuasa teknikal dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (TKSUK, JPM) dan SUK serta diurusetiakan oleh SEPADU dan Pejabat SUK.

“Penganjur menyasarkan seramai 80,000 orang pengunjung ke program tersebut,” tambahnya.

Antara reruai pameran .

 

Aktiviti sepanjang program berkenaan ialah pembukaan 28 pameran (reruai) oleh pelbagai kementerian yang menyediakan pelbagai maklumat dan perkhidmatan terus kepada rakyat.

Kementerian Kerjaraya pula akan menyediakan informasi mengenai Lebuhraya Pan Borneo dan Sarawak Sabah Link Road (SSLR), perasmian Pujut Link LPB yang memberi keselesaan pemanduan kepada rakyat Sarawak.

Sementara anak muda dan belia boleh memperoleh maklumat menjana pendapatan di sektor pembinaan melalui pendaftaran bersama Akademi Binaan Malaysia, pameran Inovasi,teknologi industri pembinaan di bawah Kementerian Kerjaraya.

Selain itu, turut disediakan ruang untuk mendapatkan maklumat pelbagai teknologi pembinaan untuk pemain industri, peluang untuk pengkomersialan inovasi, meneroka cabang baharu pengembangan perniagaan pembinaan dan peluang kontraktor berurusan dengan Lembaga Pembangunan Induistri Malaysia (CIDB(, pendaftaran, kursus dan sebagainya.

Turut diadakan pertandingan menara spaghetti dan Paper Bridge bagi pelajar membina kreativiti, mini planetarium untuk keseronokan ilmu astronomi mencerap matahari, demonstrasi kawal kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia manalaa bagi menyemarakkan patriotism bulan kebangsaan,  Pertandingan Bintang Patriotik akan turut diadakan.

Kaunter bergerak juga akan turut disediakan untuk pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan orang ramai berurusan dengan agensi-agensi berkenaan berkaitan pelbagai perkara.

Dalam pada itu, pihak Yayasan Keluarga Malaysia akan menyampaikan bantuan kepada 10 anak yatim yang orang tua mereka meninggal dunia akibat wabak Covid-19, kemalangan dan bencana.

Selain itu program Jualan Murah Keluarga Malaysia untuk barangan keperluan harian rakyat seperti minyak masak, tepung gandum, telur ayam, beras dan susu pada harga yang lebih rendah akan turut diadakan.

Sebanyak 80 reruai jualan untuk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut disediakan, manakala Slot Citarasa Keluarga Malaysia menjual pelbagai makanan termasuk mi kolok, laksa sarawak dan kek lapis.

Program kerohanian, iaitu zikir berkah anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia akan berlangsung pada 5 Ogos.

Keceriaan Keluarga Malaysia Sarawak pula akan melibatkan Program Fun kursus solekan Borneo, bengkel muzik tradisi, sukan rakyat bagi menghidupkan semula permainan tradisi seperti batak, lampung, menyumpit, batu seremban, tinting, karom dan pangkak guli, pertandingan e-Sport seperti Mobile Legend ; FIFA untuk anak muda dan pertandingan bola sepak sembilan sebelah.

Untuk ekonomi perniagaan akan diadalan sesi “padananan perniagaan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), memantau jadual pertemuan usahawan serta rakan niaga yang terlibat.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di tapak program mendapat persiapan akhir berjalan dengan rancak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merasmikan program berkenaan pada 7 Ogos yang turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Haji Openg.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya