Kenapa tidak sokong PH jatuhkan BN di Pahang?

Kenapa tidak sokong PH jatuhkan BN di Pahang?

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Ha­rapan (PH) menyifatkan ke­nya­taan Pas angkuh dan tidak berpijak di bumi nyata susulan gesaan pengundi PH perlu menyokong Pas bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Pahang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, meskipun matlamat kedua-dua parti itu ialah sama iaitu untuk menjatuhkan BN, namun tidak seharusnya PH perlu mengikut ‘telunjuk’ Pas dengan memberi kemenangan kepada parti Islam itu.

“Pas punya andaian bahawa Pas ialah superior daripada PH, cara Pas bercakap macam Pas yang melayakkan jatuhkan BN dan penyokong PH. Pas perlu ingat yang kita sudah berada landasan berbeza, ideologi sudah berbeza, mengapa harus ketepikan kita punya ideologi semata-mata nak tolong Pas?

“Ini satu kenyataan angkuh, mengapa bukan penyokong Pas atau Perikatan Nasional (PN) yang harus sokong PH?” soalnya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, partinya itu berpotensi menawan negeri Pahang jika kena pada kaedah dan pendekatannya.

“Pada PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya mengubah kepimpinan Pahang, insya-Allah Pas ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang ‘syer’ pa­ling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang,” jelas Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, ahli parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin ketika dihubungi akhbar ini turut menjelaskan yang langkah Pas menyeru PH mengundi parti Islam itu tidak akan berjaya kerana BN masih kekal kukuh di negeri itu meskipun dilanda tsunami politik sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). “Pahang di bawah kerajaan BN sangat diuruskan dengan baik, dan rakyat dapat menilaikannya.

Kalau kita lihat pangalaman di negeri yang diperintahkan Pas, tidak me­nunjukkan pencapaian membanggakan, “ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya