Kembalikan status hutan simpan kekal di Gunung Inas

Kembalikan status hutan simpan kekal di Gunung Inas

STATUS kawasan Gunung Inas di Baling, Kedah perlu dikembalikan sebagai hutan simpan kekal. – FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status kawasan Gunung Inas di Baling, Kedah perlu dikembalikan sebagai hutan simpan kekal jika benar aktiviti penanaman durian musang king menjadi punca kepada berlakunya tragedi kepala air dan banjir lumpur di kawasan itu pada 4 Julai lalu.

Bagi menjaga dan mengembalikan ekosistem asal di Gunung Inas, kerajaan Kedah dan juga jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan disyorkan untuk mengembalikan tanaman hutan di gunung tersebut sekali gus mengelak bencana alam berulang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr. Ahmad Ismail berkata, penyelesaian segera perlu dilakukan di kawasan berkenaan bagi memastikan masyarakat setempat tidak lagi dihantui ketakutan ketika hujan.

“Sekarang punca masalah kita sudah jumpa. Jadi, kena selesaikan segera kerana masa berjalan dan musim hujan akan datang lagi. Bagi saya, jalan terbaik ialah kekalkan status Gunung Inas sebagai hutan simpan kekal, tanam semula tanaman hutan dan baik pulih semula.

“Kita tidak mahu bencana berulang di kawasan berkenaan. Jadi, semua pihak kena main peranan termasuk kerajaan Pusat melalui jabatan berkaitan dan juga kerajaan negeri Kedah menerusi Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor,” katanya.

Semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendedahkan kepada Utusan Malaysia tentang Laporan Penilaian Impak Terhadap Alam Sekeliling (EIA) yang diluluskan bagi projek pembangunan di Gunung Inas adalah untuk projek perladangan hutan.

Projek berdekatan dengan ka­wasan terlibat bencana itu mem­punyai kelulusan Laporan EIA pada 25 Julai 2013 iaitu Projek Pembangunan Hutan Ladang Di Hutan Simpan Gunung Inas Mukim Bakai, Kupang dan Pulai, Daerah Baling, Kedah Darul Aman.

Bagaimanapun, projek itu didapati melanggar syarat kelulusan laporan EIA iaitu mengubah spesies tanaman dari Timber Latex Clone (TLC) iaitu pokok getah kepada penanaman durian Musang King. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.