BERA: Era darurat antara 1948 hingga 1960 menyaksikan banyak kisah kekejaman komunis tidak direkod dan menjadi ‘album keluarga’ buat warga emas di Kampung Batu Bor di sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, warga emas terbabit, Hawa Deraman, 84, berkata, antara yang menjadi buah mulut adalah kisah tokoh atau individu berpengaruh ditangkap dan ditanam hidup-hidup seperti berlaku di Kampung Durian Tawar, Temerloh. Katanya, terdapat juga kisah seorang individu ‘tidak lut’ peluru ditangkap…










