Kebakaran peti surat dipercayai akibat khianat

Kebakaran peti surat dipercayai akibat khianat

PETI surat di kediaman di Taman Muhibbah, Kuala Lumpur dipercayai akibat khianat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan awal polis mendapati kebakaran peti surat di kawasan lobi Blok B, Teratak Muhibbah dekat sini, dipercayai disengajakan. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 10.31 pagi semalam.

Katanya, keterangan awal pengadu memaklumkan berlaku kebakaran di lokasi kejadian pada pukul 3.29 pagi ketika pengadu di rumahnya. 

“Pengadu menghubungi pasukan bomba untuk tindakan lanjut dan pasukan penyelamat berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan di tempat kejadian terdapat kesan kebakaran pada dinding di atas peti surat tersebut selain beberapa helai surat dan topi keledar lama yang berada di atas peti surat tersebut terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Amihizam, semakan di tempat kejadian tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Ujarnya, hasil siasatan awal forensik bomba di tempat kejadian mendapati kebakaran itu berpunca dari perbuatan yang disengajakan. 

“Kes  dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields dan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN