‘Kapal LCS patut serah Ogos 2022, tetapi tiada satu siap’ - Utusan Malaysia

‘Kapal LCS patut serah Ogos 2022, tetapi tiada satu siap’

ISU LSC mendapat perhatian Kabinet yang mengarahkan SPRM dan Pejabat Peguam Negara bertindak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada satu pun kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) secara rundingan terus.

Menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dikeluarkan semalam, menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan kepada TLDM.

Lebih mengejutkan, laporan itu turut mendedahkan terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan apabila pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.

“Ini adalah luar biasa dan ini menyebabkan bayaran kemajuan LCS 1 melebihi kemajuan kerja sebenar sebanyak 21.1 peratus (bayaran sebanyak 63.8 peratus berbanding kemajuan kerja sebenar sebanyak 42.7 peratus),” dedah laporan PAC setebal 247 muka surat.

Menurut laporan itu, pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS.

“Pada asalnya, reka bentuk kapal jenis Sigma pilihan TLDM telah dipersetujui oleh Menteri Pertahanan. Keputusan tersebut telah berubah kepada reka bentuk kapal jenis Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS yang dibawa kepada Menteri Pertahanan pada 8 Julai 2011.

“Memetik kenyataan Panglima Tentera Laut pada ketika itu, Laksamana Tan Sri Dr. Abdul Aziz Jaafar, keputusan tersebut adalah sesuatu yang tidak kena,” jelas laporan itu.

Dalam rumusan akhir PAC, siasatan dilakukan oleh kerajaan terhadap BNS gagal mengesan masalah kewangan syarikat tersebut apabila terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion sekali gus bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 yang berkuatkuasa ketika itu.

Malah kedudukan kewangan BNS adalah lemah dan kritikal disebabkan salah guna kuasa dan kepincangan dalam pengurusan kewangan apabila setakat 2018, hutang syarikat itu kepada pihak pengeluaran produk tulen (OEM) adalah sebanyak RM801 juta manakala pinjaman dengan institusi kewangan adalah RM956 juta.

Malah laporan itu mendedahkan peralatan yang disimpan dalam stor bagi projek LCS dianggarkan berjumlah RM1.7 bilion dan dianggarkan 15 peratus telah pun usang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya