Kapal layar bawa pelancong tengok matahari terbenam ditahan - Utusan Malaysia

Kapal layar bawa pelancong tengok matahari terbenam ditahan

KAPAL layar yang membawa pelancong untuk melihat pemandangan matahari terbenam ditahan Maritim Malaysia kerana beroperasi tanpa dokumen sah di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis menahan sebuah kapal layar yang dipercayai beroperasi membawa pelancong melihat matahari terbenam tanpa dokumen sah di sini, kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kapal layar itu ditahan semasa bersauh di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut Pulau Tuba.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal layar yang membawa dua pemilik serta dua kru masing-masing berusia 46 hingga 56 tahun berserta lapan penumpang itu gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk menjalankan aktiviti rekreasi di laut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kapal layar bersama kru dan pemiliknya ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen yang sah.

Beliau turut meminta pelancong untuk berhati-hati dan memilih pengusaha kapal layar yang berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia.

Tegasnya, semua pengusaha kapal layar yang menjalankan aktiviti rekreasi di laut perlu mematuhi keperluan pelesenan dan insurans bagi memastikan keselamatan penumpang yang menaiki kapal layar.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kesalahan undang-undang di laut boleh membuat laporan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis melalui talian 04-9662750. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya