Kanak-kanak lintas jalan 'mengejut' cedera di langgar teksi MPV

Kanak-kanak lintas jalan ‘mengejut’ cedera di langgar teksi MPV

MANGSA (tengah) sedang menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - FOTO/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki patah tulang selangka kanan selepas dirempuh sebuah teksi kenderaan pelbagai guna (MPV) akibat melintas jalan secara ‘mengejut’ ekoran terlepas daripada pegangan tangan ahli keluarganya di Jalan Wakaf Aik, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah, 3, turut mengalami luka pada bahagian badan dan kini dirawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, sebuah teksi MPV jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dalam perjalanan dari arah Besut menghala ke Pengkalan Chepa, Kota Bharu selepas menghantar penumpang di Jeti Kuala Besut, Terengganu.

Menurutnya, dalam masa yang sama, mangsa dipimpin oleh seorang lelaki ketika berada di tepi jalan itu telah merentap tangan lelaki tersebut sebelum tiba-tiba melintas jalan.

“Insiden itu menyebabkan pemandu teksi MPV itu mengelak ke kanan jalan, namun tetap merempuh kanak-kanak itu sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Mangsa yang mengalami patah tulang selangka kanan dan luka-luka pada bahagian badan dibawa ke HUSM untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Ismail memberitahu, teksi MPV dan kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun mengalami pelbagai kerosakan, namun kedua-dua pemandu kenderaan itu tidak cedera.

Terdahulu, tular di media sosial video rakaman ‘dashcam’ memaparkan sebuah kenderaan merempuh seorang kanak-kanak yang secara tiba-tiba melintas jalan.

Keadaan itu menyebabkan ramai yang bimbang dengan nasib dan keadaan mangsa selepas kemalangan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.