Kakitangan MBPJ maut motosikal terbabas 

Kakitangan MBPJ maut motosikal terbabas 

MOTOSIKAL ditunggang mangsa yang terbabas melanggar besi penghadang di tengah jalan dalam kejadian di Kilometer 243.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar, Perak, hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 243.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Mohd. Zairol Idris, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang mangsa hilang kawalan ketika berada di lorong kiri.

Katanya, motosikal tersebut kemudian terbabas meluru masuk ke lorong kanan sebelum merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati punca nahas disebabkan motosikal hilang kawalan dan terbabas sendiri melanggar besi penghadang jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN