Jom bantu wakaf telaga Kemboja

Pertubuhan Arrasyid mengalu-alukan sumbangan wakaf telaga Kemboja

PERTUBUHAN Arrasyid ketika bersama seorang penerima sumbangan dikenali Kalsom yang gembira apabila mendapat kemudahan air menerusi Projek Waqaf Telaga di Kemboja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Arrasyid iaitu sebuah pertubuhan yang berpengalaman lebih 12 tahun di Kemboja, mengalu-alukan sumbangan dana bagi kempen wakaf untuk membina telaga di Kemboja.

Dalam satu kenyataan, pihaknya berkata, dengan sumbangan serendah RM150 untuk satu bahagian, nama penyumbang akan ditampal di telaga tersebut.

“Hanya ada satu amalan yang boleh terus-menerus kita dapat pahalanya walaupun sudah ‘pergi’ iaitu sedekah kerana selagi mana harta yang kita sedekahkan itu digunakan, selagi itulah pahala mengalir laju dalam buku catatan kita.

“Bayangkan saja pahala mereka berwudhu, beribadah, makan minum dan sebagainya mengalir dalam buku kita,” kata kenyataan tersebut.

Pada masa sama, kenyataan itu berkata, warga Islam di Kemboja sangat memerlukan sumbangan dari pihak yang prihatin di Malaysia.

“Mereka sangat memerlukan sumbangan daripada kita untuk teruskan hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan baik. Kalau bukan kita yang bantu, maka siapa lagi yang akan bantu?

“Rasulullah SAW bersabda: ‘Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya,’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya