Jamal Yunos lepas, bebas tuduhan muat naik kenyataan jelik

Jamal Yunos lepas, bebas tuduhan muat naik kenyataan jelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini terhadap dua pertuduhan memuat naik video kenyataan jelik dalam laman Facebook peribadinya dua tahun lalu.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Jamal, 52, di akhir kes pendakwaan itu.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aiza Ali Raman manakala Jamal diwakili peguam Mohd. Hafizuddin Khan Norkhan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Jamal didakwa secara sedar memuat naik dua video kenyataan-kenyataan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain yang kemudian dilihat pada 20 Ogos 2020 pukul 12 tengahari di Taman Dagang Avenue di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan melalui perkhidmatan aplikasi Facebook menggunakan profil Datuk Sri Jamal Yunos di pautan www.facebook.com/watch/live pada pukul 10 pagi dan 3 petang, 19 Ogos 2020.

Jamal didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 233(3) akta sama. Hukuman bagi seksyen itu ialah denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada Mei 2021 seramai tiga saksi pendakwaan dipanggil bagi memberi keterangan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.