Idrus pengerusikan Jawatankuasa siasat insiden KPPA-Imigresen

Idrus Harun dilantik Pengerusi Jawatankuasa siasat insiden KPPA-Imigresen

IDRUS HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mempengerusikan Jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan insiden melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen KLIA

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Mohd. Ali berkata, jawatankuasa itu akan bersidang secepatPeguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mempengerusikan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat dakwaan insiden melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang berlaku pada 3 Ogos lalu. mungkin yang  dianggotai tiga anggota lain.

Tiga lagi anggota jawatankuasa itu ialah Ketua Polis Negara,  Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam  Baki.

“Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengendalikan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada kedua pihak. 

“Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Shafiq Abdullah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen baru-baru ini.

Rabu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menuntut KPPA memohon maaf secara terbuka susulan dakwaan beliau menengking seorang pegawai imigresen di KLIA.

Presiden KPISM, Khairil Niza Khairuddin dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku di Balai Berlepas KLIA antara 8.40 pagi hingga 9.40 pagi semalam kerana tiada pegawai imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP.

Bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam menolak dakwaan itu dengan berkata, Shafiq sekadar menegur pegawai imigresen bernama James Lee atas ketidakpatuhan amalan dan prosedur kerana tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasportnya serta delegasinya.–UTUSAN

 

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN