fbpx

Ibu Shuib suruh panggil Mama – Wan Sharmila

Wan Sharmila

PETALING JAYA: Pelakon, Wan Sharmila tidak mengambil serius usikan warganet yang berterusan cuba ‘menjodohkannya’ dengan pelawak Shuib, terutama selepas dia memanggil ibu kepada usahawan berjaya itu sebagai ‘Mama’.

Jelas Wan Sharmila, ibu Shuib, Salamiah Jalani yang mahu dirinya dipanggil Mama dan dia memenuhi permintaan itu sebagai tanda menghormati orang yang lebih berusia.

“Ibu Shuib yang suruh panggil Mama. Takkan saya nak menolak, nanti dianggap kurang sopan pula. Dia sudah bahasakan diri Mama, jadi saya turutkan sahaja.

“Saya tidak rimas pun apabila warganet terus menerus mahu menjodohkan saya dengan Shuib. Terpulang, hak masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nama Wan Sharmila dikaitkan dengan Shuib apabila video dia memanggil ibu kepada pelawak itu dengan gelaran Mama tular.

Sehubungan itu, segelintir warganet mencetuskan spekulasi kononnya ibu Shuib memberi bayangan pelakon itu bakal menantunya.

Ditanya apakah status sebenar dirinya sekarang, Wan Sharmila menjawab, dia masih solo.

“Saya masih single,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!