Huffaz International edar 40 tan beras

Huffaz International edar 40 tan beras

SUKARELAWAN Huffaz International menyusun sebahagian beras untuk diagihkan ke seluruh Institusi Tahfiz yang berdaftar dengan JHEAIK di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK 40 tan beras dan barangan keperluan makanan asas sumbangan orang ramai mula diagihkan kepada 42 pusat tahfiz berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) semalam, hasil inisiatif Huffaz International yang melaksanakan Skim Bantuan Makanan Tahfiz Malaysia.

Inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama Persatuan Tahfiz Negeri kedah (Petanda) itu bakal memberi manfaat kepada 2,500 golongan hafiz di Kedah.

Pengasas Huffaz International, Firdaus Kamaruzzaman berkata, pihaknya memperkenal platform beli dan beri di laman web www.infaqberas.my bagi membolehkan para penyumbang mengetahui secara telus ke mana barangan dibeli mereka disalurkan.

Melalui laman web tersebut, penyumbang boleh membeli barangan untuk disumbangkan kepada pelajar-pelajar tahfiz di seluruh negara. Ia dilengkapkan dengan kemudahan menjejak dan mengesan untuk penyumbang tahu ke maahad tahfiz mana barangan dibeli mereka disalurkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya