fbpx

Hospital Pantai Pulau Pinang tingkat fasiliti sedia ada untuk kemudahan pelanggan

CHOW KON YEOW (tengah) pada majlis projek pembesaran Hospital Pantai di Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN: Projek pembinaan blok perubatan baharu serta projek  pengubahsuaian bangunan sedia ada Hospital Pantai Pulau Pinang di sini, yang menelan kos RM200 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Pantai Pulau Pinang, Pan Wek Lek berkata, blok perubatan setinggi tujuh tingkat dan seluas kira-kira 16,363 meter persegi itu menawarkan rangkaian kepakaran komprehensif dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. 

”Blok perubatan baharu inidilengkapi dengan 117 katil, 14 unit rawatan rapi (ICU), unit rawatan kritikal (CCU), unit dependensi tinggi (HDU), 36 bilik perundingan, lima dewan bedah, makmal jantung dan empat bilik endoskopi.

”Blok perubatan baharu ini dapat meningkatkan rangkaian perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti kepada pesakit di seluruh Pulau Pinang dan kawasan sekitar,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah projek pembesaran Hospital Pantai di Bayan Lepas, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia, Jean-Francois Naa.

Menurut Wek Lek, pembinaan blok perubatan baharu itu dimulakan dan fasa pertama dijangka siap dengan mematuhi Indeks Bangunan Hijau menjelang akhir 2024 dan fasa kedua pada 2026.

“Menjelang 2026, secara keseluruhannya Hospital Pantai Pulau Pinang dilengkapi kemudahan 307 katil dengan 30 katil di ICU, CCU, HDU, 89 bilik perundingan, 10 dewan bedah, dua makmal jantung, lima bilik endoskopi dan 440 ruang letak kereta.

“Selepas siap, Hospital Pantai Pulau Pinang akan mengubah suai bangunan sedia ada untuk meningkatkan lagi kapasitinya,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!