Hari Malaysia, FFM disambut di Melaka

Hari Malaysia, FFM disambut di Melaka

SULAIMAN Md. Ali (tiga dari kiri) dan Annuar Musa (tiga dari kanan) ketika Majlis Pelancaran Kembara Riuh Keluarga Malaysia Edisi Ketiga: Riuh Nau di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sambutan Hari Malaysia dan penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) hujung tahun ini diadakan di Melaka selaku tuan rumah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kementeriannya dan kerajaan negeri mengatur lebih banyak program berskala besar untuk kebaikan rakyat pada masa akan datang.

Beliau berkata, penganjuran itu mencerminkan kerjasama erat antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-Kom) dan kerajaan negeri.

“Pada bulan depan kita bersama lagi di Melaka dalam sambutan besar-besaran Hari Malaysia. Kita berasa bangga melihat Melaka sebuah negeri yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dan acara-acara, malah senyum Malaysia bermulanya dengan senyum lebarnya rakyat di negeri Melaka ini.

“Saya percaya kerjasama erat antara K-Kom serta kerajaan negeri memungkinkan kita mengatur banyak lagi rancangan-rancangan termasuk pada hujung tahun ini, Melaka akan menjadi tuan rumah kepada FFM yang akan diadakan dengan penuh kemeriahan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kembara Riuh Keluarga Malaysia Edisi Ketiga: Riuh Nau di Dataran Pahlawan di sini malam tadi.

Majlis perasmian  disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Kembara Riuh Keluarga Malaysia yang dianjurkan K-Kom adalah usaha untuk membantu mempergiat industri kreatif yang terkesan teruk sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah Annuar, ia dilihat mampu menghidupkan semula kegemilangan industri kreatif yang tidak dapat menjalankan kerja-kerja berkaitan sehingga mengalami penguncupan sewaktu penularan Covid-19.

Menurutnya, industri berkenaan memberi sumbangan yang sangat besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), selain menyediakan banyak peluang pekerjaan dan pelaburan dari luar negara.

“Kita tahu industri kreatif di serata dunia memainkan peranan yang cukup besar selain ia juga menghidupkan seni dan warisan negara serta memainkan peranan dalam pembinaan negara. Riuh Nau di bumi Melaka jelas membuktikan bagaimana warisan sejarah terutama industri kreatif yang subur sejak zaman berzaman serta mewujudkan pembentukan sebuah negara Malaysia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya