Hanya Bukit Aman boleh tempatkan 9 anggota polis sedang disiasat

Hanya Bukit Aman boleh tempatkan 9 anggota polis sedang disiasat

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching.-UTUSAN/COWEN LINCH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menegaskan hanya Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang akan mengkaji dan menentukan kes berkaitan sembilan anggota polis yang kini disiasat kerana di dakwa memeras ugut seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihaknya boleh menolak pemindahan pegawai “bermasalah” ke negeri ini dalam satu sidang media di sini hari ini.

“Untuk itu, kita sudah pun merujuk perkara berkenaan ke ibu pejabat polis Bukit Aman.

“Hanya mereka yang akan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Jelas Mohd. Azman, pada Rabu (3 Ogos), mereka sudah memaklumkan status pegawai polis itu kepada kerajaan Sarawak dan setakat ini mereka masih belum melaporkan diri ke IPK Sarawak.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi mendedahkan sembilan anggota polis berpangkat konstabel dan sub-inspektor, ditahan bagi membantu siasatan kes peras ugut melibatkan seorang ahli perniagaan, yang dipercayai berkaitan isu dadah, di Gombak baru-baru ini.

Kesemua anggota polis itu ditahan di ibu pejabat polis daerah Gombak berikutan laporan polis yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun itu pada 26 Julai lalu.

Sasikala juga berkata mereka akan dipindahkan ke Sabah dan Sarawak sementara menunggu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, selain siasatan tatatertib yang akan dijalankan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.