Hadi Minallah dikesan di Selangor - Timbalan Menteri - Utusan Malaysia

Hadi Minallah dikesan di Selangor – Timbalan Menteri

AJARAN sesat Hadi Minallah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selangor dikenal pasti antara lokasi penyebaran ajaran Hadi Minallah di negara ini selain Johor dan Kedah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ajaran sesat di ketiga-tiga negeri berkenaan telah disiasat pihak berkuasa agama negeri masing-masing, berkemungkinan pendakwaan akan dilakukan.

Menurut beliau, semua keputusan berkaitan ajaran sesat seperti tindakan menfatwakan atau mengenakan apa-apa tindakan diserahkan kepada negeri.

“Jika berlaku di Wilayah Persekutuan, ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Sebenarnya peruntukan garis panduan telah ada bagaimana sesuatu ajaran sesat itu dan ciri-cirinya. Langkah seterusnya hanya spesifik untuk menfatwakannya.

AHMAD MARZUK Shaary bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar Seminar Penghayatan Nilai-nilai Islam Penjawat Awam Negeri Melaka di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

“Penguatkuasa telah ada garis panduan dan kalau langgar juga bermakna dah masuk dalam kumpulan ajaran sesat, maka boleh diambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Seminar Penghayatan Nilai-nilai Islam Penjawat Awam Negeri Melaka di Masjid Al-Azim di sini hari ini.

Minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni memaklumkan, tiada kes sebaran ajaran Hadi Minallah di negeri itu berdasarkan pemantauan sejak Februari lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, langkah pencegahan telah diambil pihak berwajib meskipun ajaran tersebut masih baharu, agar ia tidak tersebar dengan meluas.

Tegasnya, tindakan pemantauan turut dilakukan terhadap mana-mana ajaran lain yang membawa kepada kesalahan daripada sudut agama.

“Walaupun belum didedahkan lagi, tapi kita ada kemudahan untuk memantau dan sentiasa mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa untuk meneruskan apa-apa tindakan.

“Yang timbul (ajaran) itu sudah sampai masanya, tetapi yang belum lagi sedang dalam pengawasan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya