Guan Eng gesa PKR selesai isu logo

Guan Eng gesa PKR selesai isu logo

DAP dikatakan mahu bertanding PRU5 menggunakan logo Harapan manakala PKR pula menaruh harapan tinggi terhadap logo parti itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertikaian penggunaan logo Pakatan Harapan (PH) terus mencetuskan tanda tanya selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum membuat pendirian berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia difahamkan, dalam mesyuarat Majlis Presiden PH bulan lalu, Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Loke menyuarakan perkara itu namun sehingga hari ini menemukan jalan buntu.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng ketika dihubungi akhbar ini berkata, PKR akan menentukan sama ada menggunakan logo PH atau sendiri pada pertengahan bulan ini.

“Kita minta PKR buat keputusan nak gunakan logo PH atau PKR. Ini akan diputuskan mesyuarat akan datang, tidak boleh dilengah-lengahkan. Anwar pun sudah setuju mesyuarat akan datang kena bagi keputusan muktamad. Sampai bila nak macam ini?

“Selepas 15, dan 16 Ogos ini kita adakan mesyuarat PH dan akan dimaklumkan mengenai perkara itu. Sama ada nak pakai logo PH atau PKR, terpulang kepada mereka,” katanya semalam.

DAP dikatakan mahu bertanding menggunakan logo Harapan bagi tujuan mendapat undi Melayu manakala PKR pula menaruh harapan tinggi terhadap logo parti itu yang digunakan semasa PRU14 supaya dapat mengulangi kejayaan menjadi kerajaan.

Pada PRU14, PH meraih majoriti mudah membentuk kerajaan persekutuan selepas pakatan itu terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) meraih 113 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) 79 kerusi, Pas 18 kerusi, Parti Warisan Sabah (lapan), Parti Solidariti Tanah Airku (satu) dan Bebas (tiga).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pula, parti-parti komponen PH sepakat bertanding menggunakan logo PH, namun tewas di tangan BN.

Bagi PRN Johor pula, PKR mengambil pendekatan berbeza yang mana parti itu menggunakan logo sendiri,dan akhirnya keputusan tidak berpihak kepada PKR dengan hanya menang satu kerusi, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu dengan hanya majoriti tipis.

Ketika ditanya soalan yang sama kepada Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berhubung perkara itu, beliau berkata, belum ada keputusan sehingga kini mengenai isu tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya