Gadis baru dapat lesen L tunjuk aksi zig zag

Gadis baru dapat lesen L tunjuk aksi zig zag

REMAJA perempuan dan teman lelakinya yang ditahan dalam operasi samseng jalanan kerana melakukan aksi berbahaya di Sik, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Tindakan seorang remaja perempuan yang baru memperoleh Lesen Belajar Memandu (LDL) atau dikenali lesen L melakukan aksi berbahaya di jalan raya mengundang padah, selepas ditahan dalam satu operasi samseng jalanan di sini, kelmarin.

Selain menunggang motosikal Yamaha Y15 sambil dibonceng teman lelakinya berusia 16 tahun yang baharu dikenali sebulan lalu, remaja berumur 19 tahun itu turut melakukan aksi zig zag, memasuki laluan bertentangan dan menunggang laju tanpa memikirkan keselamatan diri.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, remaja itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas diekori sejauh 14 kilometer, kira-kira pukul 6 petang.

“Sebelum itu remaja terbabit dan teman lelakinya yang berasal dari Kulim dikesan menjadikan jalan raya di Jalan Merbau Kudung, di sini sebagai lokasi merempit.

“Menyedari kehadiran polis, remaja perempuan yang menunggang motosikal terbabit cuba meloloskan diri sebelum ditahan di Jalan Kampung Sik Dalam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Abdull Razak, mereka kemudian dibawa ke IPD Sik untuk tindakan lanjut bersama motosikal berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, dalam operasi sama yang dilakukan secara serentak di Beris Jaya itu, katanya, polis melakukan pemeriksaan ke atas 100 penunggang motosikal.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 77 saman dikeluarkan ekoran melakukan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk tidak mempunyai lesen memandu yang sah serta motosikal tiada cukai jalan.

“Sebanyak empat buat motosikal turut disita kerana semakan pihak kita mendapati rekod kenderaan terbabit tidak sama dengan nombor enjin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya