Felcra, Felda bungkus minyak masak peket 1kg - Mahdzir

Felcra, Felda bungkus minyak masak peket 1kg – Mahdzir

MAHDZIR Khalid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Felcra dan Felda akan diberi peranan oleh kerajaan untuk membungkus dan mengedarkan minyak masak peket satu kilogram dalam usaha mengatasi masalah ketirisan bekalan tersebut yang berlaku sejak sekian lama.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya syarikat milik kerajaan (GLC) turut diberikan peranan membungkus minyak masak peket satu kilogram.

“Nampaknya Perdana Menteri bersetuju bagi proses peket (minyak sawit satu kilogram), insya-Allah kepada Felda dan Felcra,” katanya pada program lawatan dan taklimat kemajuan pembinaan Kompleks Ternakan Ayam Pedaging Felcra Berhad, di sini hari ini.

Isu minyak peket tidak mencukupi berlaku di seluruh negara meskipun kuota diberikan dikatakan mencukupi untuk kegunanan rakyat negara ini.

Kewujudan minyak peket yang dijual di negara luar khususnya Thailand membuktikan wujudnya ketirisan minyak masak bersubsidi di negara ini.

Menurut Mahdzir, pihaknya berhasrat membantu kerajaan menangani ketirisan minyak peket bersubsidi di negara ini yang turut diseludup ke negara jiran yang perlu diatasi segera.

“Saya Ahli Parlimen Padang Terap, jiran kami Thailand saya tahulah, apa nama orang bawa di sebelah sana malah di Selatan di Kukup ada juga bawa minyak satu kilogram ke sebelah sana,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya