Fasa kedua program basmi miskin tegar pertengahan September

Fasa kedua program basmi miskin tegar bermula pertengahan September

MUSTAPHA Mohamed (dua dari kiri) semasa menyertai sesi perbincangan mengenai pelaksanaan BMTKM Fasa kedua bersama rakan-rakan strategik di Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) fasa kedua dijangka bermula pertengahan September ini di 100 lokaliti dengan penglibatan seramai 5,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan turut bercadang melancarkan satu lagi fasa BMTKM akhir tahun ini yang melibatkan sebanyak 300 lokaliti secara keseluruhan.

Katanya, sehingga 15 Ogos lalu, sebanyak 134,853 KIR dikategorikan sebagai miskin tegar berbanding 292,000 pada Oktober tahun lalu menerusi BMTKM yang bertujuan menghapuskan miskin tegar pada akhir tahun 2025.

“Jumlah itu menunjukkan penurunan angka KIR miskin tegar berbanding tahun lalu. Ia mungkin disebabkan oleh pemurnian senarai E-Kasih yang dilaksanakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Menerusi senarai itu, kita dapati separuh daripada mereka yang tersenarai dalam E-Kasih berjaya keluar dari garis miskin tegar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli memberitahu, proses pemurnian senarai E-Kasih tidak dapat dilaksanakan secara kerap berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu,” katanya semasa menyertai sesi perbincangan mengenai pelaksanaan BMTKM Fasa kedua bersama rakan-rakan strategik di sini hari ini. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN