Erwan ambil alih SweetDream Lifestyle - Utusan Malaysia

Erwan ambil alih SweetDream Lifestyle

ERWAN TAHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tokoh perniagaan terkemuka, Datuk Seri Dr. Erwan Tahir yang mempunyai kepentingan perniagaan di dalam pelbagai industri kini menjadi pemegang saham terbesar bagi syarikat perusahaan dan pengilang tilam yang terbesar di negara iaitu SweetDream Lifestyle Sdn. Bhd.

Beliau yang mempunyai kepentingan dalam industri seperti tenaga, perlindungan Insuran, perlombongan, pendidikan, kesihatan dan baja pertanian kini menguasai sebanyak 35 peratus saham didalam syarikat tersebut melalui ERWAN Berhad. 

Pengambilalihan tersebut perusahan dan pengilang tilam sejak 1978 yang mempelopori sebanyak 85 peratus segmen jualan tilam di Malaysia menjadikan syarikat itu kini sebagai ERWAN SweetDream Sdn. Bhd. 

Erwan berkata, keputusannya untuk memasuki industri tersebut adalah tepat pada masanya kerana SweetDream mempunyai kepelbagaian produk bagi segmen tilam generasi baharunya yang menggunakan teknologi terkini termasuk set katil dan lain-lain. 

Katanya, SweetDream juga mempunyai pelanggan tetap dan setia kepada produk mereka sejak dari pelancaran produk tilam pertama mereka lagi. 

“SweetDream bukanlah satu nama yang baru di negara kita dan syarikat ini juga sedang giat menjalankan Pembangunan dan Penyelidikan (R&D)  bagi memastikan setiap tilam yang dihasilkan dari kilang mereka berkualiti dan mengikut piawaian antarabangsa.

“Melalui pengambilalihan ini, saya akan menjadikan keseluruhan produk tilam berkualiti tinggi ERWAN SweetDream sebagai produk tilam mampu milik yang akan dijual dibawah harga pasaran khususnya kepada golongan B40 dan seluruh Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau turut bercadang untuk membuat kerjasama dengan koperasi-koperasi yang ada di Malaysia untuk memasarkan dan menjual produk tilam ini kepada ahli-ahli koperasi secara bayaran ansuran bulanan.

“ERWAN SweetDream akan menawarkan diskaun serta jaminan selama 10 tahun bagi setiap pembelian produk tilam ini dan akan membuat siri jelajah ke negeri-negeri bagi pelancaran rasmi untuk memperkenalkan produk-produk baru,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan terdapat permintaan tinggi dan pasaran yang luas bagi tilam ERWAN SweetDream ini untuk dieksport ke luar negara terutamanya ke Amerika Syarikat dan negara Eropah setelah mendapat maklum balas yang positif daripada rangkaian pejabat jualan antarabangsanya di luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya