Empat maut kemalangan empat kenderaan di LPT

Empat maut kemalangan empat kenderaan di LPT

SEBUAH lori kontena terbabas dan merempuh tiga kenderaan lain menyebabkan empat mangsa maut di kilometer 135.7 LPT hala ke Kuantan di Temerloh,  Pahang.  -  IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Empat orang maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan iaitu lori kontena, trak tunda, Proton Exora dan Proton Waja di Kilometer 135.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) hala Kuantan di sini, hari ini.

Seramai 17 mangsa terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 3.26 pagi itu iaitu 11 orang yang menaiki Proton Exora, Proton Waja (empat orang) dan masing-masing seorang di dalam lori kontena serta trak tunda.

Daripada jumlah itu, seramai 12 mangsa mengalami kecederaan.

Mangsa yang maut adalah dua warga emas dan seorang remaja lelaki yang menaiki Proton Exora serta pemandu trak tunda.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat kemalangan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kemalangan dipercayai berpunca apabila lori kontena terbabas dan merempuh trak tunda yang sedang mengangkat Proton Exora yang rosak di tepi lebuh raya tersebut serta terdapat Proton Waja yang berhenti di tempat kejadian. 

“Rempuhan itu mengakibatkn Proton Exora jatuh ke dalam gaung anggaran kedalaman 12 meter. Pasukan bomba membawa mangsa naik dari gaung dengan menggunakan tali menyelamat dan  strecher,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN