Dr. Chen Man Hin sentiasa cintakan perpaduan kaum - Utusan Malaysia

Dr. Chen Man Hin sentiasa cintakan perpaduan kaum

RAIS Yatim ketika menziarah kediaman mendiang Dr. Chen Man Hin di Jalan Dato' Abdullah, Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan Pengasas DAP, Dr. Chen Man Hin yang meninggal dunia hari ini sebagai warganegara Malaysia yang sentiasa cintakan perpaduan kaum dalam karier politiknya.

Beliau berkata, Man Hin menunjukkan sikap itu semasa terbabit secara aktif dalam politik termasuk ketika menjadi calon pilihan raya mewakili DAP.

“Semasa menjadi calon DAP dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Seremban pada 1982, Man Hin tidak menyertai kempen kumpulan di kawasan itu yang tinggi semangat perkauman.

“Mendiang telah datang ke Kampung Paroi dan menyuarakan terus bagaimana orang Cina, India dan Melayu mesti hadir ke acara kenduri secara bersama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Man Hin yang juga Penasihat Seumur Hidup DAP meninggal dunia di rumahnya dekat sini kira-kira pukul 5 pagi tadi pada usia 98 tahun.

Menurut Rais, mendiang yang juga doktor perubatan adalah ahli politik yang tulen dalam perjuangannya dan banyak memasukkan nilai-nilai kepelbagaian kaum dalam DAP.

“Man Hin dianggap sebagai pengimbang dalam parti ketika Lim Kit Siang lebih ke hadapan semasa menjadi Setiausaha Agung DAP.

“Semasa kami sama-sama dalam pembangkang, mendiang sering berganding dengan kami untuk menegakkan kepelbagaian kaum sebagai usaha sosial,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.