Dr. Amsyar komited jayakan program CSR, rancang Golf Sirkit

Dr. Amsyar komited jayakan program CSR, rancang Golf Sirkit

MOHAMAD Faizal Razali (tengah) bergambar bersama wakil penerima sumbangan Dr. Amsyar dalam majlis kejohanan Dr. Amsyar Golf Challenge 2022 di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DR. AMSYAR Water Purifier iaitu sebuah syarikat pemasaran dan pemasangan penapis air terus komited dalam menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila membekalkan penapis air percuma kepada lima surau dan masjid di sekitar Bangi, Selangor.

Selain itu, Dr. Amsyar juga turut memilih empat sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Jalan Tiga Bandar Baru Bangi, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku dan Sekolah Rendah Agama Kampung Pandan Dalam sebagai sekolah angkat yang turut menerima penapis air.

MOHAMAD FAIZAL RAZALI

Pengarah Urusan Dr. Amsyar, Mohamad Faizal Razali berkata, syarikatnya juga turut merancang untuk memperluaskan program CSR ke negeri-negeri lain sebagai membalas jasa pelanggannya yang banyak membantu syarikat itu berdaya maju sehingga sekarang.

Dr. Amsyar akan memperluaskan program infak dan CSR ini ke luar daerah dan negeri pada masa akan datang kerana produk Dr. Amsyar ini turut dijual hampir seluruh negara kecuali di Sabah.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menjayakan program-program anjuran Dr. Amsyar,” katanya ketika ditemui selepas program penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan Dr. Amsyar Golf Challenge 2022 di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Menyentuh mengenai kejohanan golf itu, Mohamad Faizal berkata, beliau terkejut dengan sambutan luar biasa daripada peserta biarpun kejohanan itu julung dianjurkannya.

Sehubungan itu, katanya, ekoran sambutan yang sungguh menggalakkan sehingga mencecah 132 orang peserta, pihaknya merancang untuk mengadakan kejohanan golf Dr. Amsyar Sirkit yang berkemungkinan akan bermula pada bulan September ini. 

PARA peserta bergambar sebelum memulakan kejohanan Dr. Amsyar Golf Challenge 2022 di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Selain peserta jemputan dan wakil media, antara pemain yang memeriahkan kejohanan Dr. Amsyar Golf Challenge 2022 ialah ahli-ahli kelab Golf Danau, Rata-rata Golf Club (RRGC), Kita Aje Golf Club (KAGC), sekitar kelab golf Bangi dan Kajang.

Kejohanan Dr. Amsyar Golf Challenge 2022 ini bertujuan meneruskan kesinambungan program amal CSR Dr. Amsyar yang merupakan sebuah syarikat yang memasarkan dan menjual penapis air mampu milik keluaran Bumiputera yang berstatus francais di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.