Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Francissca Peter, Siti Fairus terima gelaran datuk

Dollah , Zainal Abidin, Francissca Peter, Siti Fairus terima anugerah datuk

TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seramai 99 penerima dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan istiadat penganugerahan itu di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Amran Mohamed Zin antara sembilan penerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Bagi anugerah darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’ Indera pula, seramai empat penerima anugerah berkenaan termasuk Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Puan Seri Maslina Ismail.

Seramai 13 orang penerima pula menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk kepada 24 penerima termasuk kepada penyanyi, Luciana Francissca Lucian G. Peter dan Siti Fairus Sheikh Mohamed.

Selain itu, ketua Juratih Bola Sepak Sri Pahang, Dollah Salleh; Jurulatih Bola Sepak Penang FC, Zainal Abidin Hassan dan Ahmad Yunus Mohd. Alif; dan jurulatih bola sepak Sri Pahang Football Club, Ahmad Yusoff turut menerima pingat sama.

Dalam istiadat itu juga, Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada dua penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada enam penerima, Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada empat penerima dan darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 10 penerima.

Pingat turut dikurniakan kepada lapan penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 10 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan sembilan penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.