[DEWAN RAKYAT] Tengku Zafrul: MRT 3 telan kos RM50.2 bilion  - Utusan Malaysia

[DEWAN RAKYAT] Tengku Zafrul: MRT 3 telan kos RM50.2 bilion 

PEMBUKAAN sepenuhnya laluan MRT 3 bakal menyediakan rangkaian kemudahan pengangkutan awam yang lebih menyeluruh kepada orang ramai. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) dianggarkan menelan belanja RM50.2 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi jawapan bertulis memaklumkan, RM8.4 billion daripadanya membabitkan kos pengambilan tanah, sementara RM5.6 bilion lagi adalah untuk pengurusan projek.

Bagi kos pembinaan pula, ia menelan belanja sehingga RM34.3 bilion.

“Namun kos sebenar akan dimuktamadkan selepas proses tender terbuka selesai,” jelasnya.

Terdahulu, Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) meminta kerajaan menjelaskan mengenai pecahan kos MRT3.

Pada harga RM50.2 bilion untuk laluan sepanjang 51 kilometer, MRT3 dijangka menjadi projek rel paling mahal dalam sejarah Malaysia setakat ini jika diukur berdasarkan perbelanjaan bagi setiap kilometer.

MRT3 direka semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Namun tender dibuat pada zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penyerahan tender berkenaan dijangka pada Ogos ini.

MRT3 mempunyai laluan bulatan yang bertujuan untuk ‘melengkapkan’ rangkaian rel bandar Kuala Lumpur dengan menghubungkan laluan MRT, LRT, KTM dan monorel sedia ada.

Projek itu dijangka siap pada 2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya