[DEWAN RAKYAT] RUU kawalan tembakau dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas - Utusan Malaysia

[DEWAN RAKYAT] RUU kawalan tembakau dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini bersetuju membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen.

Usul RUU berkenaan yang kini masih berada di peringkat bacaan kali kedua selepas dibahas 12 Ahli Parlimen hari ini seterusnya digulung oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy ketika mengemukakan semula usul RUU itu turut mengumumkan 13 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang akan menganggotai JPK Parlimen.

Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari; Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni; Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen; Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasah; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau; Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ignatius Dorell Leiking dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam masa yang sama, Khairy turut mencadangkan suatu penyata perlu disediakan yang mengandungi cadangan penambahbaikan RUU tersebut bagi tujuan kawal selia produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok dalam tempoh sebulan.

Tempoh tersebut dikatakan tidak boleh melebihi tarikh hari pertama persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-14 akan datang yang bermula 26 Oktober 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya